Thursday, 11 August 2016

TEKNIK MENJAWAB KIMIA

alhamdulillah, tahun 2016 ini seperti yang dijanjikan kepada rakan-rakan guru tahun lalu, Allah izinkan aku membuat road tour teknik menjawab kimia tepat spm 2016.

berikut aku kongsikan nama sekolah yang telah ku jejaki....moga anak2 spm di sekolah ini berjaya dengan cemerlang dalam kimia khususnya dan spm umumnya....

1. SMK Taman Jelutong, Kulim
2. SMK Labu Besar, Kulim
3. SM Teknik Alor Setar
4. SMK Dato Syed Omar, Alor Setar
5. SMK Tunku Sofia, Alor Setar
6. SMK Sik, SMK Seri Enggang & SMK Chepir, Sik
7. SMK Alor Janggus. Alor Setar
8. SMK Kedawang, SMK Ayer Hangat dan SMK Tengku Putera, Langkawi
9. Sekolah Menengah Sains Tahfiz
10. SMK Padang Terap, SMK Pedu, SMK Naka


terima kasih kerana memberi kepercayaan pada saya....

 SM TEKNIK ALOR SETAR
 SMK DATO SYED OMAR
 SMK HUTAN KAMPONG
 SMK KEDAWANG, LANGKAWI
SMK KEPALA BATAS

DEMAM TRIAL SPM SUDAH BERMULA....

seperti biasa, bila masuk ke bulan ogos, ini beerti semua pelajar dan guru tingkatan 5 akan semakin kecut perut... almaklumlah peperiksaan percubaan akan bermula. sebagai cikgu kimia, murid2 ku pasti mula tertanya2 apakah soalan yang bakal keluar dalam percubaan ini.

jadi di sini ku kongsikan jsu atau tajuk untuk peperiksaan percubaan kimia negeri kedah 2016. tajuk ajer tau! soalan rahsia kerajaan. muahaahahahahahahaa.....

tajuk peperiksaan percubaan kimia negeri kedah 2016

1. Jadual berkala
2. Sebatian karbon (alkana,alkena), garam karbonat
3. Ikatan kimia
4. Asid, pH, peneutralan
5. Sebatian karbon, getah
6. Redoks, pemindahan elektron pada satu jarak, siri keraktifan logam
7. Hidrokarbon
8. Kadar tindak balas
9. Elektrokimia, electroplating
10. Termokimia

untuk semua calon spm terutama yg mengambil kimia di negeri kedah, all the best dan buat elok2 ya. nanti cg share cara atau tips menjawab dgn tepat.

katak oh katak

huhu...tajuk jer nak menggelikan. teringat lagu zaman kanak-kanak dulu

kodok ngorok rokotok rokotok
di pinggir kali riketek riketek
lalu jatuh rukutuk rukutuk
(lupa....lirik :) )

maka seperti yang dijanjikan, pelajar 5 biologi ku akhirnya dapat juga melaksanakan eksperimen katak untuk subjek biologi... ( walaupun qada' yg tingkatan 4 punya syllibus). kuang...kuang...kuang....




special thanks to cityra kerana menbawa dua ekor katak ke sekolah... tanpanya tiadalah eksperimen ini

SUGAR SNAKE EXPERIMENT 2

alhamdulillah akhirnya berjaya juga eksperimenku ini. itu pun dengan pertolongan rakan guru dan pelajar ku amilia dan fadlin. benarlah kata org more heads is better than one

berikut aku share kan bahan dan cara membuatnya

4 sudu gula halus + 1 sudu baking soda = kacau2
sediakan pasir dan bentukkan seperti bukit. tuangkan minyak tanah. letakkan campuran gula dan baking soda, cucuh kan api... tada.... jadilah sugar snake atau org panggil fire snake ini. harap sabar menunggu sebab dia ambik masa 10-30 minit gak tara ekoq ulaq tu nak keluaq....



inilah amilia dan fadlin


MERDEKA....apa ertinya pada kita?

masuk saja bulan ogos, maka sibuklah sekolah2 membuat preparation utk menyambut kemerdekaan..... tapi adakah anak2 muda kini faham apakah erti sebenar kemerdekaan ini???


atau sekadar syok2 dgn pelbagai persiapan terutamanya ambang merdeka, dan kemudian esoknya, seperti tiada apa yang berlaku. sejarah telah membuktikan bahawa kita sebenarnya tak pernah belajar dari sejarah..... setujukan anda??

Tuesday, 9 August 2016

PENING SUDAH KEPALA KU.....HUHU

ADUHAI... semenjak dua menjak ni sering saja ku rasa badan sakit2 dan dunia berpusing. barangkali bebanan kerja yang bertambah di tambah pula waktu rehat yang kurang... di tambah pula melihat longgokan baju kotor yang setinggi gunung kinabalu kat rumah.. makin bernanah lah kepala ni.... mai sekolah pun, rasa takder mood. sebab ada saja kerja yang mintak perhatian dan menuntut utk disiapkan segera...

PERBEZAAN SAKIT KEPALA DAN PENING KEPALA :

Sakit Kepala : kepala rasa berdenyut-denyut… sakit sampai taleyh nak cakap kat orang.. satu kepala rasa denyut dia tu..sangat sakit!! while migrain plak korang rasa sakit kepala, pastu rasa nak duk kat tempat gelap… bila duk kat tempat gelap rasa oke skiit. pastu… rasa nak muntah.. meloya bagai! (tu migrain tahap kritikal) aku penah migrain selama seminggu… aku makan panadol tak jugak hilang-hilang..sangat sakit though… pergi klinik dapat ubat khas untuk migrain baru elok!... huh!

Pening kepala : korang akan rasa dunia berpusing.. ala-ala korang main pusing-pusing tu.. rasa meloya nak muntah bagai.. pastu..kalau sampai tahap teruk..korang rasa.. korang taleyh bukak mata sebab bilik korang rasa berpusing.. tahap terok..korang sampai ta boleyh duk berdiri sebab badan rasa tak seimbang! banyak faktor pening.. jap lagi aku eksplen ya!.

PERSAMAAN SAKIT KEPALA DAN PENING KEPALA :

Ok, persamaan sakit kepala dan pening kepala dapat di lihat semasa korang … TAKDER DUIT! kua kua… sebab apa? sebab bila korang takder duit… korang mula lah nak berhutang bagai… pastu… mula laa fikir macamna nak cari duit nak bayar hutang tu… masa tu korang boleh istilahkan.. korang sakit kepala pun boleh.. pening kepala pon boleh. sebab apa-apa pun boleh lambangkan keadaan yang sama..  oke..

Bezanya.. sakit kepala dan pening kepala bila tak boleh bayar hutang ni lain macam siket rasa sakitnya.. korang akan rasa sakit kepala..sakit hati.. sakit jantung pon boleh jugak.. rasa na marah orang.. pastu seluruh badan korang rasa sakit! tahap terok korang boleh jadi giler! lagi bahaya! sebab panadol and pain killer pon tak boleh nak ubat jugak penyakit pening kepala korang masa tuh!!


FAKTOR SAKIT KEPALA DAN PENING KEPALA:

SAKIT KEPALA :

·         - udara yang panas
·        - aroma yang menyengat (bau cat, perfume berlebihan)
·         -ikatan rambut terlalu kuat
·          -zat tiramin (makin lama proses buat makanan makin byk zat tiramin kat dalam tu)
·         -melewatkan makan (pasni kena salu makan awal dah..haha)
·         -dehidrasi (kurang ayaqq lam badan)
·         -asap rokok (nikotin)
·         -kafein yang berlebihan (kopi alkohol sumer tu)
·         -HUTANG BANYAK SANGAT!!!

PENING KEPALA:

·         -Darah tinggi
·         -darah rendah
·         -tak cukup tenaga
·         -HUTANG BANYAK SANGAT!!

sumber : http://akunurhayda.blogspot.my/

Monday, 8 August 2016

sugar snake experiment failed!!!

aduhai...



dok ulang 10 kali tak jadi2 sugar snake atau ular gula ku.... rupa-rupanya... hahaha.....


Allahu... kesiannya dah expired 4 tahun lepas.... nampaknya terpaksalah keluarkan duit poket sendiri untuk membeli bahan kimia ini. maklumlah perasmian minggu sains just round the corner....

Monday, 1 August 2016

Am I that bad?

Pernah terfikir tak, setiap apa yg kita buat, memberi kesan pada org lain? Setiap perbuatan, setiap percakapan....tanpa disangka2 ia menyakiti hati org lain.

Then, macammana cara nak atasinya? Diam seumur hidup? Kalau tak mampu nak bg kata2 yg baik, lebih baik diam. We will never satisfied anybody needs. Then, u all should read this story. Simple but means lot of things.



ROTI HANGIT

Seorang anak menceritakan:
Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.
Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.
Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: "Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."
Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.
Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.
Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.
Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.